Sumber berita dari Arab Saudi melaporkan kematian salah seorang aktivis anti regim Al Saud yang juga merupakan aktivis Syiah dan pejuang hak asasi manusia.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Aktivis Syiah dan pejuang hak asasi manusia Khalid al-Labad terbunuh setelah mendapat kecederaan parah ketika diserang pasukan polis regim Al Saud.
Dalam satu serangan semalam, polis Saudi sengaja melepaskan tembakan rambang ke arah beliau sehingga peluru mengenai beberapa badannya termasuk kepala. Polis dikatakan sudah lama mencari beliau untuk dibunuh.
Khalid kemudiannya ditahan dalam keadaan cedera parah dan berita kematiannya tersebar malam tadi.
Berikut adalah beberapa gambar serangan ganas polis regim Saudi:













Polis Saudi sejak minggu lalu berusaha melemahkan demosntrasi penduduk awam di wilayah Timur dengan menangkap beberapa aktivis sosial mereka. Hingga kini lebih 200 orang dilaporkan telah ditangkap.
Dalam laporan terkini badan hak asasi manusia Arab Saudi, 24 orang telah ditangkap dalam demonstrasi aman baru-baru ini.
Sebelum ini ulama Syiah Hujjatul Islam Syeikh Husain Al-Radhi ditangkap kerana menyertai tunjuk perasaan membantah filem menghina Nabi Muhammad di wilayah Ahsa. Beliau kemudian dibebaskan semalam bersama tahanan yang lain.